menulis...dan sedang menulis(2).....

mencari, memperkaya, menambah bahasa..

  1. Cari idea:
    • baca buku - Konserto Terkahir Karya Abdullah Hussain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

menulis..dan sedang menulis...

RANGKA

telah mencipta watak:

watak utama: Diana Asyiqeen
watak utama: Izhar Hakimi
watak kedua : Zaed
watak kedua: Azura
watak sampingan : abah,mak, hidayah, fateha, nuzli
watak antagonis: alisa, shireen

perwatakan:
Diana Asyiqeen+Izhar Hakimi : asal usul keturunan, ibu bapa, adik beradik, taraf keluarga, hobi, kesukaan, sifat, karekter, etika, kepercayaan/pegangan/ kebiasaan, phobia, impian/harapan, kasih/sayang

sifat fizikal:
kurus/gemuk, tinggi/rendah, putih/gelap

DA = krisis/isu/masalah besar+peribadi
IH = terlibat dlm krisis/isu + mslh peribadi (boleh diatasi tanpa bantuan watak utama)

contoh:
DA mengalami masalah besar dengan Zaed (heartbroken) + peribadi (cemburu Alisa) + masalah keluarga

IH= suka DA, maka terlibat sama dlm masalah besar + laptop dicuri (asignment hilang)

saya membayangkan DA spt Heliza, cantik, lemah lembut tapi penuh ketegasan. Ada rasa kecewa yang disimpan dalam-dalam
IH pula seperti Awal, outspoken, gila-gila, ada sifat humour, dan ada daya tarikan (spt biasa hero mesti ada rupa), bergaya (anak orang berharta)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Asignment Adik - Detoxification

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

semarak api - Forest Flame

Delonix regia  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

writer's block??


dah beberapa hari saya tak menulis, tiba-tiba stuck tak tahu nak bercerita bagaimana. mungkin untuk bercerita apa, saya masih beridea tapi untuk bercerita bagaimana dan mengapa...amat sukar.

so, dua tiga hari melayan adk yang datang dari UIA, membantu dia mencari bahan rujukan untuk asignment yang baru diberikan, body detoxification. alahai...
saya pergi ke PTAR faculty Medic. cari punya cari, ada jugak tetapi too complicated. adik kata nak yang surface je, coz buat asignment untuk bahasa sahaja...

Pergi ke SACC, cari baju yang nak dibeli untuk anak buah (mila dan Jiji), tapi takde saiz. Pusing punya pusing, memang niat hati nak membeli novel .Mana tahu dapat idea. Penulis2 senior berkata (dlm blog mereka) bakal penulis kena banyak membaca (dah memang tentu sifat saya), bukan untuk meniru tapi untuk memperkaya bahasa. Saya beli satu novel dari establish company (tak perlu saya sebut..), cover menarik, sinopsis boleh tahan (cinta pertama yang tak kesampaian, kahwin paksa,...). Tapi bila mula membaca, dari bab satu hingga ke akhirnya, rasa..??

Macam ni aje..?? Saya bagitahu adik. Cerita kronologi bagi saya kurang menarik, Bosan!!
Yelah..hari ini cerita, lepas tu masuk kelas cerita details, perbualan satu-satu perkara terlalu lama, lokasi tempat yang sama sehingga ke pertengahan novel..mencari2 dimana klimaks, konflik besar (tiada..??)

belum masuk page 3/4 saya dah boleh agak apa yang nak disampaikan, dan apa endingnya...

Minta maaf, bagi saya novel ini gagal menarik mood saya untuk membaca. Habiskan membaca kerana sayang telah berbelanja (RM 19.90, walaupun amount yang kecil) tapi terasa...tak berbaloi.

Saya bercerita pada adik (hidayah)..
dan beliau berkomentar (mengikut pendapat pencinta novel..beliau suka pada karya LLovate)
1. cerita untuk satu babak jangan berjela-jela, jangan terlalu details hingga buat orang boring
2. untuk sesuatu masalah, jangan ceria sampai sudahnya, sentuh sedikit2 setiap bab. biar pembaca tertanya2 apa selepas ini..apa lagi...siapa dia?..kenapa?
3. gaya bahasa perlu ada, jangan berpusing2 buat orang tak faham. dan jangan terlalu straighforward
4. trademark untuk setiap karakter (terutama yang rapat dengan watak utama....)
5. buat research (jangan biar fakta bertindan, tak logik,nampak macam tak bijak)
6. cerita jangan klise.. (konflik, nama watak, tempat/lokasi, karakter, even untuk hal sekecil kerjaya kerna bagi dia boleh dikatakan banyak novel menampilkan kerjaya yang sama..business relate, korporat, VIP

Secara jujur saya suka sifat berterus terang adik saya, Hidayah (walau ada kalanya menyakitkan hati), kerna beliau berfikiran kritis. Minat pada novel, cerita korea, belajar biomedic, tak kisah memilih kawan, banyak cakap, menjadikan dia banyak idea. cuma dia tak dianugerahkan Nya kemahiran menulis dan berbahasa..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TwiLLight

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Best Quotes and PoeMs

'.....The only people we can't forgive are the ones we are still afraid of......"



by Gramma Mildred

who is 'gramma mildred'..anyone who knows??
BUT whoever she/he is..the quote means much for me

ketakutan yang menyebabkan kita rasa 'insecure'..rasa 'hatred'..rasa benci..marah..yang teramat sangat...
kita kata kita dah mampu memaafkan, benarkah?
sedangkan kita tak sanggup nak dengar nama dia sekalipun, nak bercakap/SMS/email apatah lagi...

nor forgive..neither forget....
it's just..
buat2 lupa..buat2 tak tahu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PG's and more

Menjadi post graduate dan R.A (reserch assistant) selama 8 bulan yang lalu menjadikan saya sesorang yang lain. Dalam erti kata lain, belajar mengenali dunia penyelidikan secara rasmi, bina keyakinan diri (dek banyak sangat presentation), menghadiri majlis-majlis ilmu, bengkel, persidangan, dsg.., bertemu teman baru, konflik di tempat kerja, masalah peribdi, pengurusan masa dan banyak yang tak mungkin dapat saya senaraikan disini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bimbingan berkarya2-dari DBP

SIFAT-SIFAT PENULIS


Bagaimana nak menulis karya kreatif?

Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.

Yang penting penulis :

- mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.
- mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
- mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
- mestilah ada sikap yang teliti.
- mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
- mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
- mestilah berani menghadapi cabaran. Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.

Bagaimana nak menjadi penulis?

Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.

Minat
Ada keinginan untuk menulis.

Rajin membaca
Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.


Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.

Rajin menulis

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bimbingan berkarya - dari DBP

BIMBINGAN BERKARYA - CERPEN




GENRE: CERPEN



Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.



Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.



Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.



Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.







Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?



Yang pertama

Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.



Yang kedua

Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.



Yang ketiga

Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.



Yang keempat

Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.







Bentuk cerpe



Pertama



mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.



Kedua



cerpen beralasan iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.



Ketiga



cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.



Teknik penceritaan cerpen



boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu cerpen.







Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)



1. Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)

2. Ada adengan, watak, gerak.

3. Bahasa tajam dan menarik

4. Interpertasi pengarang kepada kehidupan

5. Dapat menimbulkan satu kesan

6. Menarik perasaan pembaca

7. Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih

8. Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

cerpen

apa itu cerpen??

Azmah nordin dalam blognya menyebut cerpen sebagai cerita yg jauh lebih pendek daripada sebuah novel.
Lulukeche.multiply.com dalam tulisannya merumuskan A.Bakar Hamid berpendapat bahawa cerpen dilihat dari aspek kuantiti, dimana ia mengandungi 500-20,000 patah perkataan,plot, watak dan kesan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ayat-ayat cinta, sebarkan ia...

unique,  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

buku yang baru dibaca

belum habis diaca, dipinjam oleh Mohd Hanif..entah bila sidia dapat menghabiskannya..sejarah sungguh


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ramadhan penuh barakah

selamat berpuasa, ramadhan yang kedua. Majlis tadarus yng pertama di MITRANS secara tak rasmi telah dimulakan oleh (dr intan, elma, kak j, dan saya sendiri)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

belajar menulis dari Azmah Nordin

lama sudah tak menjenguk hobi lama..sesudah menemui jalan buntu..DIA anugerah kembali kecintaanku pada sastera
jenguk ke beberapa blog, merasakan Azmah Nordin (prolifik novelis) punya nawaitu mengembangkan ilmu buat insan seperti kami yg masih tercari-cari ilmu dalam penulisan kreatif.

sungguh, dia berguna buatku
sedikit namun besar impaknya
dapat bantu memperbaiki karyaku..yg tak pernah siap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

biarlah

biar bulan bicara sendiri..
biar bintang menjadi saksi...
cukup derita sampai disini...

aku dengar lagu ini, sedang-sedang enak...
dan aku fikirkan sesuatu,
merencana masa depanku semula
selepas seminggu dua ni..
pasti banyak yang berubah..

hidupku, coraknya...
masaku, pengisiannya..
teman, manis pahitnya...

aku redha, pasrah pada jalan yg telah ku pilih
yg aturnya DIA disana
punya perancangan yg tak termampu aku fikirkan
aku ikhlaskan hati ini,
muga ramadan datang dengan seribu satu berkat dan maghfirahnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

biar bulan bicara

Biar Bulan Bicara oleh Broery Marantika

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

buku yg sedang dibaca minggu ini....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kmi Hyun Joong

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

boys over flower

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

hit counter
free website design quote

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


click to create your own

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments